PENGUMUMAN

Permohonan Rumah


Semua rakyat Negeri Perak yang ingin memiliki rumah dialu-alukan mengisi borang Permohonan Program Perumahan Perakku dalam talian yang dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun 2019 ini. Semua permohonan hendaklah disokong dengan lampiran dokumen-dokumen mengikut syarat-syarat permohonan rumah yang telah ditetapkan oleh LPHP.