SEKILAS PANDANG

Berdasarkan pengalaman LPHP, walaupun harga rumah murah sehingga RM 42,000.00 seperti di PPR Parit Haji Wahab Parit Buntar 100 unit, Namun semasa memproses untuk mendapatkan pinjaman Bank 50% pemohon tidak layak mendapatkan pinjaman bank diperingkat awal tapisan begitu juga rumah Perakku di Tualang Sekah yang berjumlah 54 unit dengan harga RM 70,000.00 dimana lebih 80 % pemohon tidak layak mendapatkan pinjaman bank diperingkat awal tapisan. Sesuatu perlu dibuat dan dinasihatkan pemohon untuk memastikan mereka tidak mempunyai banyak komitmen hutang dan mempuyai rekod bank yang baik.