FUNGSI LPHP
1
Untuk menggalak, memudah cara, menyelaras, mengurus, mengawal selia dan melaksanakan pemajuan perumahan dan hartanah, khususnya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
2
Memastikan bahawa Enakmen ini ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi.
3
Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar, cara dan strategi yang hendak diambil untuk menggalak dan memudahcarakan pemajuan perumahan dan hartanah.
4
Melaksana dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Pihak Berkuasa Negeri.
5
Memudahcarakan pemajuan perumahan dan hartanah secara amnya dan pemajuan perumahan awam dan rumah mampu milik secara khasnya.
6
Menjalankan peranan sebagai badan penyelaras utama antara agensi Kerajaan dan swasta untuk membolehkan kemajuan dan pelaksanaan pemajuan perumahan dan hartanah secara pesat.
7
Membangun, menerima pakai dan melaksanakan dasar, panduan, piawai, cara dan tatacara mengenai pemajuan, pengurusan dan peruntukan perumahan awam dan rumah mampu milik.
8
Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri.
9
Merancang, membangun, mempromosi, melaksana dan menggalakkan pemajuan, pelaksanaan penyewaan, pemasaran dan penjualan perumahan dan hartanah secara amnya dan secara khususnya bagi perumahan awam dan rumah mampu milik.
10
Mengurus dan menjalankan pengendalian dan penyelenggaraan kawasan perumahan awam termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan tersebut.
11
Menggalak, menyelaras dan melaksanakan kajian dan pemajuan di dalam semua aspek perumahan dan hartanah dan secara khusus mengenai perumahan awam dan rumah mampu milik.
12
Menyediakan maklumat dan menjadi pusat sumber rujukan berkenaan perumahan dan hartanah di Negeri kepada industri perumahan dan hartanah.
13
Menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi, atau berhubungan dengan penjalanan dan pentadbiran Lembaga bagi maksud Enakmen ini.