Sumbangan Bekalan Makanan kepada Penduduk PPR Pangsapuri Simpang Perdana dan PPR Taman Seri Bidor

  • Bertempat di PPR Pangsapuri Simpang Perdana dan PPR Taman Seri Bidor
  • 04.07.2021

Pihak LPHP dengan kerjasama PDT Larut Matang dan Selama telah mengagihkan sumbangan bekalan makanan kepada 35 orang penduduk PPR Pangsapuri Simpang Perdana yang terkesan dengan pelaksanaan PKP kerana hilang punca pendapatan. Pada hari yang sama juga, sumbangan kotak makanan turut diberikan kepada 12 orang penduduk PPR Taman Seri Bidor dengan kerjasama pihak PDT Batang Padang. Usaha ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang terjejas akibat pandemik yang melanda.