Gotong Royong Menteri Besar Bersama Rakyat
Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Saarani bin Mohamad telah menyampaikan surat tawaran dan replika kunci rumah kepada lima penyewa baru di PPR Pasir Puteh dalam Majlis Gotong-Royong Menteri Besar Bersama Rakyat. Program PPR ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan golongan yang berpendapatan rendah dengan kadar sewa yang sangat berpatutan. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, YB Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi.